Friday, August 29, 2008

sEtelah Lama

Sudah lama rasanya aku tidak mengunjungi halamanku ini..ada rasa..tetapi tiada semangat..dan hari ini..hari yang keberapa..tetapi yang pasti sudah lebih sepurnama..

Baby..
Kalau kau tahu apa yang aku rasa..mungkin kau akan mengerti..memang kesalahanku..aku mengerti..tetapi ku harap kau faham..

Aku rasanya telah pun menggagalkan janjiku..kufikirkan..aku akan mampu melayari halaman ini dan mengemaskini segala proses itu..tapi aku gagal..

Tetapi kotak ingatanku tetap ada..cuma kesampaian ku mungkin kurang..aku tak betah menulis di sini..kenapa..mungkin kelancaranku agak perlahan..kenapa..mungkin aku kurang mempraktikkan..

Apa yang pasti..aku telah mengecawakan diriku..mengecewakan orang disekelilingku..
Ibu..
Abang dan adik..
Pakcik dan makcik..
Sahabat terbaik..
Guru..
Jurutera..
Baby my love..

Ibu..
Terlalu banyak yang telah kulakukan..biarlah aku menyimpannya..hanya dalam kotak memoriku..

Abang dan adik..
Huhu..kau jua seperti ibu..aku tahu niatmu semua..tetapi aku belum berjaya..doakan sahaja untukku..

Pakcik dan makcik..
Memang..itu memang niat suci kamu..memang aku mengerti..tetapi mereka harus faham..pemikiranku bukan seperti manusia lain..aku terlalu tertutup..biarkan arah itu..

Sahabat terbaik..
Mungkin sesuai aku tujukan lebih kepada Rio..dan Otai..kau pun tahu..betapa aku menunggu hari itu..kau pun tahu betapa aku bergembira untukmu..kau pun tahu betapa aku ingin melihat dan menjayakannya denganmu..kau pun tahu..betapa aku menginginkan sesuatu itu..lantas apa yang akan ku buat untuk itu..maafkan aku..tetapi jika kau berada ditempatku..kau pasti akan mengerti..biarlah aku lari sebentar..akan ku kembali semula padamu teman..kau memang sahabat aku yang terbaik..percayalah..

Guru..
Kau punya cita-cita yang besar..kerana aku yang menghantar keajaiban di masa depan itu kepadamu..cuma kau harus ingat..dan kau lupa..keajaiban itu mungkin bukan datang dariku..aku memperlihatkannya sahaja..langkah seterusnya..kau perlu bertatih sendiri..tak mungkin akan aku menerangi..aku rasa..bukan langkahku yang kaku..cuma ketidakstabilan antara dua pihak dalam diriku tidak memungkinkan..maaf..

Jurutera..
Adalah asas kepadamu menghasilkan sesuatu yang sempurna..mungkin sempurna..tapi tidak mungkin sempurna..kenapa...kerana keadaan pembinaan yang tidak mengikut lunas matlamat..

Baby..
Ruzita binti Hussien..Lily..Baby..maafkan dady..sepenuh jiwa raga dady untukmu..dady terlalu mencintaimu..

Kenapa ini semua berlaku..
Aku silap..begitu mudah..bagaimana harus aku memperbaiki..cari jalan terbaik..itu sahaja..

Teringat kata-kata Niza..sepupuku..
"Abg Pie..kenapa ingat yang lepas..bukan kita perlu move forward ke.."

Huhu..

No comments: