Sunday, February 8, 2009

Sebulan..

Lama sudah..

Tinggal sebulan..atau lebih tepat tinggal dua puluh lima hari sebelum aku menjadi suami kepada isteriku..memikirkan semula..semenjak aku tidak mengemaskini post ini..telah banyak yang berlaku..

Aku tak mahu memasukkan butir-butirnya..cuma aku bersyukur kerana semuanya atau kebanyakannya menggembirakan..huhu..cuma aku mungkin semakin hilang diri..hilang dari landasan yang sebenar..maksud aku..

Aku sedar..menjelang 25 hari yang mendatang ini..aku harus kembali..kembali ke jalan yang sebenar..yang sepatutnya dilandasi..yang tidak sepatutnya diulangi..kerana ia bukan tuntutan yang yang harus diikuti..

Hingga kini..aku rasakan yang aku seharusnya berubah..kembali ke landasan asalku..kerana aku perlu menjadi pembimbing..

Segala kelengkapan masih perlu diselesaikan..

Hanya menunggu hari..

Bersabarlah..

Berdoalah..

Tuesday, December 2, 2008

hItam dan putih..

Sekurang-kurangnya..selesai sedikit demi sekikit..

Huhu..hari Ahad yang lalu..aku telah membawa Ain pergi membeli barang hantaran..tak semuanya dapat..tapi sekurang-kurangnya..sebahagian telah diusahakan..

Kecewa..sebab keretaku buat hal..aku terpaksa naik kereta Ain..bertolak seawal pagi..kemudian mengambil Niza di UPM Serdang..jumpa dengan Acem dan Kak Ratna..kebetulan mereka ke Kuala Lumpur untuk mengambil orang gaji mereka..pertemuan pertama Ain dan Niza dan Kak Ratna..

Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar..kami balik ke Muar lebih kurang pukul 12.30 pagi..hari yang panjang..tetapi indah..ada juga peristiwa yang tidak diingini..namun semuanya dapat diuruskan dengan baik..

Hari Selasa..aku bersama Ain memilih kad jemputan..hanya menunggu sebut harga untuk memilih kad yang sesuai...yang bertemakan hitam dan putih..

Hariku indah..aku gembira dan bahagia..

Wednesday, November 26, 2008

sTatus

Kasih dan 'Cik Ted'nya

We are..

Ibu dan Sayang


Ain dan hantaran
Aku masih keliru sampai sekarang..
Mungkin gaya penulisanku akan lebih berubah di sini..mungkin aku menjadi lebih santai..
Alhamdulillah..semuanya telah berjalan dengan lancar..hampir dua minggu aku tidak mengemaskini catatan perjalanan ini..mungkin aku agak konsentrasi dengan perkara lain..tetapi ini tidak bermakna aku akan mengabaikan blog ini..
Hari Ahad yang lepas..aku dan keluarga telah menunaikan hajat kedua pihak untuk mengikat janji antara kami berdua..untuk itu..aku dan keluarga telah menjalankan upacara 'merisik'..
Walaupun sebelumnya ada satu perkara yang sedikit mencemaskan...hinggakan Cik Tolib hilang konsentrasi ketika menjawab soalan PTKnya..semuanya gara-gara salah faham antara seseorang..maafkan ku Cik..bukan niatku nak buat begini..aku memang tak tahu yang dia akan menduduki peperiksaan..
Syukur kepada Allah..pihak kami telah membawa lima dulang sebagai tanda cenderahati dari pihak kami kepada pihak perempuan..seperti yang dipersetujui..pihak perempuan tidak perlu membalasnya..kerana ini ialah majlis merisik..
Seperti yang telah dijangkakan..majlis merisik ini juga adalah majlis pertunangan..walaupun tidak dinyatakan secara nyata..huhu..adakah aku kini tunangan seseorang..huhu..seperti bermimpi..
Terima kasih tak terhingga..kepada Cik Rabu yang menjadi tukang kata..yang petah berbicara..sehinggakan semuanya dapat berjalan dengan lancar..tanpa kekangan..huhu..
Terima kasih sayangku..kerana menerima diri ini..kepada keluargamu..kepada semua..kerana menerimaku seadanya..bak kata ibuku.."laku jugak hitam-hitam anak aku ni ek"..oh ibu..sabar jekla..
Tarikh telah ditetapkan..perjanjian telah dibuat..segalanya perlu dirancang dan dilaksanakan sebaiknya..InsyaAllah..
Selebihnya..rutin harian bersama Ain..kami akan berbual sepuasnya..huhu..
Mungkin ada perkara lain yang boleh kucatatkan di sini..tapi biarlah ianya menjadi ingatan di
kotak memori ku..
Oh ya..pada Selasa yang lalu..aku telah membawa Ain untuk memilih pakaian semasa majlis persandingan kami nanti..semuanya telah dipilih..
Semoga semuanya berjalan lancar..
Namun, aku dan Ain masih keliru..adakah kami tunangan masing-masing atau tidak..apakah
status kami yang sebenarnya..
Yang pasti..kami adalah bakal suami dan isteri..Insya Allah..

Monday, November 10, 2008

wAkenabeb..

Nakal betul mereka itu..

Sesungguhnya..aku merasa sangat risau sebelum ke rumah bakal mertuaku itu..entah kenapa..Ain sendiri dapat merasakannya..terima kasih sayang..kerana memahami..

Tiga hari dia di Pantai Timur..apa yang pasti..rasa rindu dan sayang kami semakin mendalam..dan aku juga telah menyatakan cintaku padanya..

Semua itu kemanisan..cuma..aku agak terkilan bila memberitahu berita gembira ini pada adik-beradikku..seperti tiada respon dari mereka..apakah mereka tidak bergembira mendapat berita ini..mereka tidak teruja..oh tidak..akukah yang terlebih excited..tak mahukah mereka berkongsi kegembiraan denganku...

Aku merahsiakan perkara ini dari mereka..semata-mata untuk mengelakkan mereka jelak dengan ceritaku..disebabkan keadaan sebelum ini..semuanya tak jadi..aku menunggu saat-saat semuanya pasti untuk menyampaikan khabar gembira ini..

Namun..semuanya terasa hambar..tidak mengujakan..aku kecewa..aku pasrah..

Rupa-rupanya..mereka dah tau semua cerita..

Hampeh..

aLhamdulillah..

Bersyukur kepadaNya...

Aku telah berjaya mengharungi onak yang pertama ini..syukur..biarpun susah..biarpun senang..namun aku berterima kasih kepada semua..kerana inilah harapan dan impianku..

Semuanya telah berjalan lancar..semalam aku telah bertemu bakal mertuaku..Alhamdulillah..respon yang kuterima sangat menggalakkan..cuma mungkin aku masih berasa tidak selesa dengan orang yang baru kukenali...berikan masa..

Terima kasih kepada Allah..kerana memberikanku kenikmatan ini..kerana mengasihiku..kerana mengasihaniku..

Terima kasih kepada Ain..kerana kesudianmu menerimaku..diriku yang serba kekurangan ini..yang lalai..kuharap kita dapat bersama-sama nanti..menuju alam bahagia..

Terima kasih kepada ibu..yang telah banyak berkorban..yang telah banyak berdoa..Iie sangat sayangkan mak..(entah kenapa..airmata ku menitis lagi kali ini)..

Terima kasih kepada Cik Tolib..atas perkenalan yang indah ini..atas sokongan..nasihat..dorongan..tunjuk ajar..bantuan..semuanya yang pasti untuk kebaikan..

Terima kasih kepada bakal mertuaku..kerana menerimaku sebagai ahli keluarga mereka yang baru..kerana mempercayaiku..

Terima kasih kepada keluargaku..semuanya..kerana kasih sayang yang tak berbelah bagi..

Terima kasih kepada kawan-kawan..yang sentiasa memahami..

Terima kasih semua..terima kasih kehidupan..aku bersyukur..aku bahagia..

Indahnya nikmat ini..

Tuesday, November 4, 2008

sElekoh..

Di kawasan pintu masuk ke Gunung Ledang..

Sepanjang perjalanan menuju ke Segamat melalui bandar Tangkak..perjalanannya agak merbahaya..terutamanya selekoh di kawasan di atas..

Ya..aku akan mendedahkan semuanya..kerana aku tidak perlu lagi berselindung..aku dalam perjalanan ke Segamat..buat pertama kalinya..aku akan berjumpa dengan N..Noraini..inilah pertemuan kami yang pertama..

Inilah hadiahnya untukku..

Aku sampai dan mengusaikan Zohor..dia datang dengan kotak cetaranya..aku bertanya..bagaiman perjalanan nanti..dia menaiki keretaku..huhu..ya..kereta comot itu..

Kami menuju ke Celcom..aku sepatutnya mendapat imbuhan dari Celcom..kerana membuat promosi percuma untuk mereka..dan akhirnya..kami menuju dari sebuah ke sebuah lagi kedai handphone..untuk membeli handphone yang sama denganku..

Usai Maghrib..kami pergi makan malam di hadapan Wisma Jakel..aku perlu meletakkan gambar di sini..tapi semuanya telah hilang..huhu..

Kami beransur pulang..selepas Isya' ku dilengkapi..

Aku memandu pulang ke rumah..CT..Cik Tolib..untuk memberikan khabar dan berita..dan dia sememangnya menantikannya..aku menunggu..namum..Ain hanya menelefonku pada kira-kira pukul 11.00 malam..

Ternyata..Ain telah memberikan lagi hadiahnya kepadaku..terima kasih sayang..selama ini kumencari keindahan ini..inilah yang terutama..Ain telah bersetuju menjadi isteriku..yang sah..

Alhamdulillah..ya Allah..kau telah memberikanku harta yang tak ternilai..aku bersyukur kepadaMu..aku berserah kepadaMu..

Semoga hari yang mendatang akan memberikan sinar bahagia dan ketenangan kepadaku..dan semoga Allah mempermudahkan urusanku ini..berkatilah ya Allah..sesungguhnya apa yang kulakukan ini hanyalah untuk kejalan yang Engkau redhai..

Minggu ini adalah ujian yang besar untukku..berkatilah dan lindungiku ya Allah..

KepadaMu aku berserah..

sAlah inFo..

Aku tidur di rumah CT malam itu..

Hari Ahad..mungkin hari yang menceriakan..Alhamdulillah..aku telah berjaya memenangi cabutan bertuah berupa sebuah 'Home Theatre' yang bernilai RM 3,800.00..

Ini semua gara-gara salah informasi dari petugas Celcom..dan RM 100.00 yang terpaksa ku bayar untuk sebuah nombor telefon yang sehingga kini belum kugunakan lagi..hmm..

Ini semua gara-gara salah informasi dari petugas Celcom yang terpaksa didenda dengan memberikan aku lebih borang penyertaan itu..orang lain dapat tiga peluang..aku dapat sepuluh..salahkah aku..tidak..kerana ini adalah denda yang dia bayar sebagai cara untuk meminta maaf kepadaku atas ketidakcekapan petugas mereka..untuk pengetahuan..aku telah menggunakan perkhidmatan Celcom hampir lapan tahun..

Ini semua gara-gara salah informasi dari petugas Celcom yang menyebabkan dia terpaksa membantuku untuk mengisi borang cabutan bertuah tersebut..huhu..

Gara-gara perlakuanku akhirnya mereka semua hampir-hampir mengenaliku..kerana perwatakanku ini..dan aku telah berjaya mendapatkan hadiah tersebut..huhu..semua meraikannya bersamaku..Alhamdulillah..

Dan orang pertama yang menerima berita ini..sudah semestinya N..dia memarahiku..kenapa tak memberitahu ibuku terlebih dahulu..tidak..hadiah ini adalah untuk kita..

Dan N juga telah memberikan hadiahnya kepadaku..

Alhamdulillah..