Bosan..mungkin itulah yang sesuai untukku utarakan..penat menghadapi kerenah kehidupan..itulah namanya kehidupan bukan..bukan apa..semua perkara membuatkan ku serba salah..akhirnya...semalam aku memberikan kata putus kepada ibuku..
Sebagai seorang ibu..sudah semestinya mengharapkan aku mendapat yang terbaik..untukku dan untukku..cuma seperti biasa..setiap anak seperti aku..yang sentiasa bersalah ini..cuba untuk memenuhinya..kerana semuanya adalah..untukku..
Mungkin aku terlalu kejam..tapi kadangkala aku harus bersifat kejam..tapi..perlukah aku bersifat kejam..mungkin..tapi mungkin kekejaman itu sendiri membunuh diriku..aku keliru..aku tak pasti..cuma yang pasti..aku merana lagi..
Mungkinkah lantaran kesilapan lalu yang itu membuatkanku begini..ataukah semuanya ujian untukku untuk menjadikan aku yang terbaik..aku keliru..aku buntu..aku berkata dengan Si Bo..aku memerlukan keputusan ini..yang mungkin kuanggap tepat..mungkinkah tepat..aku keliru..
Keliru dan bingung memikirkannya..difikirkan semula..sedangkan aku belum mampu menyudahkan rencana di bulan Mei itu..inikan pula rencana baru..
Entahlah..yang pasti pada hari Selasa yang lalu..aku tewas lagi..aku memikirkan mungkin inilah masanya..namun aku tetap kurang pasti..biarkan..aku kurang pasti..cuma yang pasti..aku telah melukakan hati Baby lagi..maaf sayang..
Dady tau..memang Daby yang bersalah..cuma kerana terlalu kasihkan..Dady telan juga..tapi kadangkala kesabaran Dady juga menipis..maafkan Dady..
Nantilah..
Friday, June 27, 2008
Friday, June 20, 2008
5 - 1 (2)
Setelah aku sampai ke kawasan parkir ITM..aku memerhatikan keadaan sekeliling..nampaknya ada sesuatu yang janggal aku rasakan..kenapa semua orang tidak berpakaian sepertiku..mengapa semua orang hanya memakai kemeja dan tali leher..mengapa semua orang kelihatan begitu santai pada hari gemilang mereka..mengapa hanya aku yang terlalu kemas..terlalu padat..terlalu lengkap...kemudian barulah aku tersedar..aku bukan lagi berada di UTM..aku kini berada di ITM..di mana tema pemakaian kami adalah terlalu ringkas di sini..
Apa yang aku suguli..aku telah berhabisan sebanyak mungkin semata-mata untuk menghadiri hari penuh 'gemilang' ini..agak kecewa sebenarnya..bukan agak..malah terlalu..aku sanggup berhabisan untuk ini..namun aku seperti dimalukan oleh diri aku sendiri..fikirkan semula..mungkin inilah balasan yang harus aku terima akibat dari kelakuanku..semuanya dibalas on the spot..
Tiba masa..aku perlu menaiki bas untuk menuju ke Dewan Sri Budiman..seperti biasa.. aku..mak dan adikku beratur untuk menaiki bas..aku sangat terharu dengan kasih sayang yang terlalu dari ibuku..seperti diapun sangat berbahagia dihari 'gemilang'ku ini..terima kasih mak..kasih sayang mak tak ternilai untuk Iie..(aku menitikkan airmata ketika menulis ayat terakhir ini)
Apabila bas sampai..Ibulah yang yang paling sibuk..siap menyediakan tempat duduk untuk aku..
aku ingat lagi pada masa itu..apabila ada seorang gadis datang..
Ibu : Jangan duduk sini ye nak..anak makcik nak duduk sini..
Gadis : Mintak maaf ye makcik..
Huhu..mak..mesti mak lah orang yang paling banggakan waktu itu..seorang lagi anak mak..tapi yang paling banyak memberi masalah..telah berjaya sekurang-kurangnya ke tahap ini...semuanya atas restu dan doa dari mak juga..Iie sangat bersyukur kerana ada mak..
Apabila bas mula bergerak..kami hanya memerhatikan keadaan sekeliling..dan aku asyik melihat pakaianku..tiba-tiba aku teringatkan sesuatu..dimanakah mortar boardku..aku tanya pada mak..tiada..aku tanya pada adik..juga tiada..sudah..fikirkan semula..baru aku tersedar..aku telah meletakkan mortar boardku di atas kereta..apa yang lebih merunsingkan..di atas kereta..bukan di dalam kereta..aku pasti..di situlah aku meletakkannya..
Apa lagi mampu ku buat..aku tanya pada pemandu bas..sama ada dia akan kembali semula ke kawasan parkir tadi..pedihnya..dia hanya mengangguk dan tersenyum sinis..mak dah mula risau..tentang mortar boardku..tentang apa yang kami alami sepanjang perjalanan ke majlis 'gemilang' ku ini..cuba menenangkan keadaan..aku katakan pada diri dan pada mak..insyaAllah..ia masih di situ..
Apabila bas telah sampai ke dewan..orang lain berpusu-pusu turun..tapi kami hanya mampu melihat kerana terpaksa balik semula ke kawasan parkir..mak menanyakan jika dia perlu turun dulu..demi kerana semangatku yang telah luntur..aku minta dia tunggu bersama-samaku..terima kasih mak..kerana memahami..
Sepanjang perjalanan ke kawasan parkir semula..kami hanya terdiam..dan aku cuba mengenangkan pengalaman aku sepanjang berada di sini..hmmm..terlalu banyak..mampukah aku menghuraikannya..kerana terlalu panjang..hingga membawa aku ke sini..
Apabila sampai ke kawasan parkir..aku minta mak dan adik turun dan menunggu sementara aku pergi mengambil mortar boardku..berlarian aku mengambil semula kerana pada masa yang sama..petugas sudah mula melaungkan perarakan hampir bermula..sedih..dan apabila kembali lagi ke atas..kami sekali lagi perlu menunggu bas..
Apabila bas kedua sampai..mungkin ia sesuatu yang menggelikan hati..sekali lagi..ibuku menggunakan dialog yang sama..tetapi kali ini..untuk gadis yang lain pula..huhu..
i love u mum..
Sampai di dewan..aku terpaksa berlarian untuk beratur..sekali lagi..aku terpaksa mengabaikan ibuku untuk bergegas..aku hanya mampu memberikan arahan supaya dia mengambil tempat..di mana-mana sedangkan aku sendiri tidak mengetahuinya..
maafkan Iie mak..Iie gagal mengawal keadaan..
Apakah lagi yang harus kutempuh..

sEmalam Aku makin tUa
Hmm..umur aku dah mencapai angka 27..fikir semula..apa yang aku capai dan apa yang aku inginkan..serasa malas memikirkannya..kerana semuanya kurang pasti..antara keinginan dan kemahuan..yang mana harus dikejar..
Semalam..hadiah terindah aku ialah..Baby..kekasihku..dengan yakinnya ingin menuntut cerai..mana mungkin aku benarkan..sepanjang hidup aku..inilah kali pertamanya aku menyambut harijadi bersama seorang yang digelar kekasih..
Apa yang mungkin agak mengecewakan..aku harapkan sambutan yang paling istimewa dari dia..malangnya kami telah bertelingkah..hanya kerana salah faham yang sedikit itu..kecewa...aku mungkin juga mengharapkan dia memberikan sesuatu untukku..malangnya tiada..aku tak tahu..mungkin Baby kekurangan modal..
Entahlah..kadangkala kesabaran aku agak teruji sebenarnya..bukan aku mengharapkan sesuatu yang terlalu besar..aku cuma inginkan kefahaman minda dan kesungguhan..itu saja..sukar mungkin..kerana dia bukanlah aku..apa yang lebih mengecewakan..pada hari istimewa yang pertama ini..akulah yang terlalu bersungguh-sungguh..untuk mengekalkan hubungan baik kami..
Apakah salahnya jika sesekali kita menurunkan ego kita..kerana aku selalu melebihkan untuknya..janganlah terlalu mengikut nafsu amarah..kerana aku pun mungkin senang memarahi..namun aku juga mudah untuk memaafi..
Hakikatnya..aku tersiksa pada hari penuh bersejarah ini..maaf Baby..Dady terpaksa memberi kenyataan sebaliknya..demi kerana untuk menjaga hubungan kita..walau apapun..Dady tetap berterima kasih pada Baby kerana sudi menemankan Dady pada malam tadi..terima kasih Sayang..
Sebagai balasan..apa yang aku terima hari ini..hanyalah kepalaku yang memusing..terlalu memikirkan barangkali..hinggakan aku hanya tersedar dari tidur pada siang hari pada pukul 3.00 petang..
Sedih..

Wednesday, June 18, 2008
5 - 1
Apa yang istimewa yang berlaku pada aku pada Bulan Mei..huhu..24 Mei..hari konvokesyen aku..ya..hari yang aku tunggu..mungkin juga hari terakhir aku menjejakkan kaki ke ITM..ok..UiTM..maaf aku konvensional..aku lebih sukakan yang lama dari yang baru..
Seminggu sebelum konvokesyen..aku sibuk menyiapkan diri..aku mungkin boleh dikategorikan sebagai cerewet..perfectionist..tidak mungkin..yang pasti aku telah menempah atau membeli kelengkapan pakaian aku semata-mata untuk konvo ni..aku berhabis RM 700..huhu..gila kan..
mungkin..tapi aku buat semua untuk memuaskan hati aku..rupa-rupanya semakin banyak yang aku perlu belanjakan..
24 Mei..jam 7.30 pagi..aku selamat sampai ke parking area ITM..call si Bukh
Agi : Elo..ko kat mana..
Bukh : Aku belum sampai..masih kat Federal..jalan jemla..
Agi : Ko ikut mana..aku jalan ok jek..
Bukh : Mana aku tau..aku ikut Motorola..
Agi : Ler..kenapa ko lalu situ..
Bukh : Ntah..nak lalu..ko kat mana..dah sampai ke..tunggu aku wei..
Agi : Ko lambat lagi ke..cepatla sikit..
Lepas tunggu 15 minit..
Agi : Ko kat mana..dah sampai belum..
Bukh : Weh..ko kat mana..aku dah beratur dah ni..aku dengan Edi ni..
Agi : Celaka kau..kau cakap suruh tunggu tadi...adus..sabar jekla..
Bukh : Cepatla..orang dah ambik no dah ni..
Agi : Bodoh..kau punya pasal la aku lambat ni..tunggu aku..no aku 117 apa-apa ko tolong bagitau nanti..
Lihat..banyak lagi yang berlaku sebenarnya..

Tuesday, June 17, 2008
cEritera 5
Bulan Mei..dah lama berlalu..tapi banyak perkara yang berlaku..yang mengaitkan semuanya sehingga ke hari ini..mana tidaknya..watak utama dalam drama tari hidup ini ialah - Kusanagi..aku..
Aku tak mahu mengenangkan apa yang berlaku sepanjang Bulan Mei..cuma mungkin aku akan sentiasa teringatkan tarikh 24 Mei..sehari sebelumnya..dan sehari kemudian..semuanya kerana aku ingin menghadiri majlis 'gemilang' dalam diri aku..mungkin..hari konvokesyen..hmm..nampaknya aku macam terlalu tua untuk menghadirkan diri di sini..cumanya aku terkenangkan susah jerih..pengorbanan dan kesabaran..serta ketabahan untuk aku memiliki sekeping kertas..
Mungkin sudah terlewat..but better than nothing right..
Seperti biasa..aku tidak akan menrungkaikan kisah ini sekarang..mungkin di kesempatan lain..sebab aku kekurangan masa..ada tugasan penting yang ingin diselesaikan..cuma aku ingin mencuri sedikit masa untuk menghilangkan sedikit kekusutan dan kekalutan pemikiran ku..
Dan lagi..hari terakhir di Bulan Mei mungkin hari yang agak pelbagai..pengalaman aku ke Pahang..dan apa yang terjadi semasa aku pulang..persinggahan aku di SK..keadaan pemikiran 'rakan-rakan' ku yang memualkan..dan seseorang yang cuba menyampaikan sesuatu padaku secara sinis di alam siber ini..aku tahu semuanya untukku..
Biarkan..yang pasti aku tahu apa yang aku lakukan..cumanya dia tak perlu cuba mencampuri urusan ku..
Aku harus pergi sekarang..

Subscribe to:
Posts (Atom)