Sunday, February 8, 2009

Sebulan..

Lama sudah..

Tinggal sebulan..atau lebih tepat tinggal dua puluh lima hari sebelum aku menjadi suami kepada isteriku..memikirkan semula..semenjak aku tidak mengemaskini post ini..telah banyak yang berlaku..

Aku tak mahu memasukkan butir-butirnya..cuma aku bersyukur kerana semuanya atau kebanyakannya menggembirakan..huhu..cuma aku mungkin semakin hilang diri..hilang dari landasan yang sebenar..maksud aku..

Aku sedar..menjelang 25 hari yang mendatang ini..aku harus kembali..kembali ke jalan yang sebenar..yang sepatutnya dilandasi..yang tidak sepatutnya diulangi..kerana ia bukan tuntutan yang yang harus diikuti..

Hingga kini..aku rasakan yang aku seharusnya berubah..kembali ke landasan asalku..kerana aku perlu menjadi pembimbing..

Segala kelengkapan masih perlu diselesaikan..

Hanya menunggu hari..

Bersabarlah..

Berdoalah..

No comments: