Saturday, May 24, 2008

Akhirnya aku Tau..

Aku kenang balik..
Kenapa aku di sini..di Bandar M..
Apa rentetan yang memaksa aku sampai ke sini..hmmm..

Bandar M..aku lebih suka membayangkan sebagai tempat yang paling membosankan pernah aku duduk..mungkin kerana keadaan bandar yang kurang membangun..ataupun geografi bandar ini sendiri yang memungkinkan semua ini terjadi..

Kalau aku lihat..terdapat sebuah kaum itu..di sinilah tempat yang mudah untuk kita melihat kereta-kereta mewah menjalar di atas jalan raya..tapi bila kita jengok..sudah pasti ia untuk kaum itu..

Aku teringat balik..aku mendapat tawaran kerja di Damansara Utama..entah..aku rasakan terlalu mudah..bukan nak bermegah..tapi mungkin ada kaitan dengan yang aku alami nanti..bukan kepercayaan..cuma mungkin kebetulan..

Bekerja di sebuah syarikat yang besar dan ternama sudah pasti menjadi agenda idaman kegilakuasaanku..anak syarikat DRB-Hicom..pasti orang dapat membayangkan..sekurang-kurangnya..orang mengetahui syarikat tersebut adalah syarikat yang agak ada jenamanya..

Hmm...rentetan interview..
Terkadang..aku fikir..rezeki mungkin datang sekali..tapi aku silap..peluang tak selalunya hadir..aku dipanggil untuk interview untuk 2 buah syarikat dalam masa 1 hari..handal..bukan..inilah peluang..inilah rezeki..

Syarikat pertama ialah syarikat yang menawarkan peluang kerja di dalam bidang yang aku belum pernah terokai..mmm..ada pro dan kontra sudah mesti..ianya belum terlalu meluas..dan sukar menjangkakan peluang yang besar di masa depan..

Lepas aku di temuduga untuk syarikat pertama..sebelah petangnya di syarikat kedua..apa yang menariknya..selepas menunggu hampir setengah jam..dan dengan layanan mesra receptionist kat front desk..akhirnya aku diinterview oleh pengurus besar syarikat tersebut..isk..apa ni..aku punya jawatan bukannya besar sangat...kenapa sampai GM yang mesti interview..takpela..layan je la..hati aku berdetik..

Proses interview berjalan lancar..only few thing yang aku not really agree with him...he does not encourage their staff to further studies for part time..the reason is..it will affect your works..takpela..itu semua bukan penghalang..kalau betul pun aku nak sambung belajar..itu hak aku..aku akan cari juga jalannya..

Yang pasti...selepas proses tersebut..GM tersebut terus menanyakan jumlah gaji yang aku nak..
hmm...lepas menyebut satu amaun..dia cuma terus menambah..ok..i will give you this..plus we will provide you RM... allowance for you to travel around Klang Valley..aku baru nak mencelah..dia dah cakap..dont worry its maybe take 1 or 2 times for you to travel in a month..hmm..menarik..sekurang-kurangnya..aku boleh save duit untuk travel and parking every day..

Sebelum beransur aku tanya..ada ke nanti interview kedua akan dibuat..dia cuma cakap..i think there is no need for that..since we has discuss everything..only that i will call you back by Monday or Tuesday..mm..hari ni hari Jumaat..cepatnya bagi result..

Seperti yang dijanjikan..aku dapat panggilan daripada Syarikat kedua pada hari Selasa..menariknya..2 hari lepas tu..offer letter of employment untuk aku dah siap..tibalah masa yang memeningkan kepala aku..

Bila aku renung balik..apa faedahnya aku duduk di bandar M..aku teringat balik peluang baik yang sudah aku lepaskan..dan aku teringat satu peristiwa yang mungkin aku boleh katakan sebagai de javu?..atau petunjuk...atau kebetulan..

Aku teringat yang aku ada bermimpi..aku pergi interview di satu tempat..pada hari Jumaat..di mana aku akan pergi interview dalam keadaan selamba..dan aku demand gaji yang agak tinggi dibandingkan dengan pengalaman aku..dan syarikat tersebut tanpa sebarang bantahan menawarkan aku kerja tersebut..itulah yang berlaku..

Tapi kenapa semua ni muncul balik dalam fikiran aku lepas aku tolak tawaran itu..arghh..mungkin inilah yang terbaik untuk aku..harap yang terbaik ini akan memberikan aku peluang yang lebih baik..

Tetapi yang menghantui aku ialah..aku akan terus bermastautin di bandar M ni lama lagi..dan terus menjadikan diri aku semakin kebelakang...apakah..

No comments: