Bulan Mei..dah lama berlalu..tapi banyak perkara yang berlaku..yang mengaitkan semuanya sehingga ke hari ini..mana tidaknya..watak utama dalam drama tari hidup ini ialah - Kusanagi..aku..
Aku tak mahu mengenangkan apa yang berlaku sepanjang Bulan Mei..cuma mungkin aku akan sentiasa teringatkan tarikh 24 Mei..sehari sebelumnya..dan sehari kemudian..semuanya kerana aku ingin menghadiri majlis 'gemilang' dalam diri aku..mungkin..hari konvokesyen..hmm..nampaknya aku macam terlalu tua untuk menghadirkan diri di sini..cumanya aku terkenangkan susah jerih..pengorbanan dan kesabaran..serta ketabahan untuk aku memiliki sekeping kertas..
Mungkin sudah terlewat..but better than nothing right..
Seperti biasa..aku tidak akan menrungkaikan kisah ini sekarang..mungkin di kesempatan lain..sebab aku kekurangan masa..ada tugasan penting yang ingin diselesaikan..cuma aku ingin mencuri sedikit masa untuk menghilangkan sedikit kekusutan dan kekalutan pemikiran ku..
Dan lagi..hari terakhir di Bulan Mei mungkin hari yang agak pelbagai..pengalaman aku ke Pahang..dan apa yang terjadi semasa aku pulang..persinggahan aku di SK..keadaan pemikiran 'rakan-rakan' ku yang memualkan..dan seseorang yang cuba menyampaikan sesuatu padaku secara sinis di alam siber ini..aku tahu semuanya untukku..
Biarkan..yang pasti aku tahu apa yang aku lakukan..cumanya dia tak perlu cuba mencampuri urusan ku..
Aku harus pergi sekarang..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment