Setelah aku sampai ke kawasan parkir ITM..aku memerhatikan keadaan sekeliling..nampaknya ada sesuatu yang janggal aku rasakan..kenapa semua orang tidak berpakaian sepertiku..mengapa semua orang hanya memakai kemeja dan tali leher..mengapa semua orang kelihatan begitu santai pada hari gemilang mereka..mengapa hanya aku yang terlalu kemas..terlalu padat..terlalu lengkap...kemudian barulah aku tersedar..aku bukan lagi berada di UTM..aku kini berada di ITM..di mana tema pemakaian kami adalah terlalu ringkas di sini..
Apa yang aku suguli..aku telah berhabisan sebanyak mungkin semata-mata untuk menghadiri hari penuh 'gemilang' ini..agak kecewa sebenarnya..bukan agak..malah terlalu..aku sanggup berhabisan untuk ini..namun aku seperti dimalukan oleh diri aku sendiri..fikirkan semula..mungkin inilah balasan yang harus aku terima akibat dari kelakuanku..semuanya dibalas on the spot..
Tiba masa..aku perlu menaiki bas untuk menuju ke Dewan Sri Budiman..seperti biasa.. aku..mak dan adikku beratur untuk menaiki bas..aku sangat terharu dengan kasih sayang yang terlalu dari ibuku..seperti diapun sangat berbahagia dihari 'gemilang'ku ini..terima kasih mak..kasih sayang mak tak ternilai untuk Iie..(aku menitikkan airmata ketika menulis ayat terakhir ini)
Apabila bas sampai..Ibulah yang yang paling sibuk..siap menyediakan tempat duduk untuk aku..
aku ingat lagi pada masa itu..apabila ada seorang gadis datang..
Ibu : Jangan duduk sini ye nak..anak makcik nak duduk sini..
Gadis : Mintak maaf ye makcik..
Huhu..mak..mesti mak lah orang yang paling banggakan waktu itu..seorang lagi anak mak..tapi yang paling banyak memberi masalah..telah berjaya sekurang-kurangnya ke tahap ini...semuanya atas restu dan doa dari mak juga..Iie sangat bersyukur kerana ada mak..
Apabila bas mula bergerak..kami hanya memerhatikan keadaan sekeliling..dan aku asyik melihat pakaianku..tiba-tiba aku teringatkan sesuatu..dimanakah mortar boardku..aku tanya pada mak..tiada..aku tanya pada adik..juga tiada..sudah..fikirkan semula..baru aku tersedar..aku telah meletakkan mortar boardku di atas kereta..apa yang lebih merunsingkan..di atas kereta..bukan di dalam kereta..aku pasti..di situlah aku meletakkannya..
Apa lagi mampu ku buat..aku tanya pada pemandu bas..sama ada dia akan kembali semula ke kawasan parkir tadi..pedihnya..dia hanya mengangguk dan tersenyum sinis..mak dah mula risau..tentang mortar boardku..tentang apa yang kami alami sepanjang perjalanan ke majlis 'gemilang' ku ini..cuba menenangkan keadaan..aku katakan pada diri dan pada mak..insyaAllah..ia masih di situ..
Apabila bas telah sampai ke dewan..orang lain berpusu-pusu turun..tapi kami hanya mampu melihat kerana terpaksa balik semula ke kawasan parkir..mak menanyakan jika dia perlu turun dulu..demi kerana semangatku yang telah luntur..aku minta dia tunggu bersama-samaku..terima kasih mak..kerana memahami..
Sepanjang perjalanan ke kawasan parkir semula..kami hanya terdiam..dan aku cuba mengenangkan pengalaman aku sepanjang berada di sini..hmmm..terlalu banyak..mampukah aku menghuraikannya..kerana terlalu panjang..hingga membawa aku ke sini..
Apabila sampai ke kawasan parkir..aku minta mak dan adik turun dan menunggu sementara aku pergi mengambil mortar boardku..berlarian aku mengambil semula kerana pada masa yang sama..petugas sudah mula melaungkan perarakan hampir bermula..sedih..dan apabila kembali lagi ke atas..kami sekali lagi perlu menunggu bas..
Apabila bas kedua sampai..mungkin ia sesuatu yang menggelikan hati..sekali lagi..ibuku menggunakan dialog yang sama..tetapi kali ini..untuk gadis yang lain pula..huhu..
i love u mum..
Sampai di dewan..aku terpaksa berlarian untuk beratur..sekali lagi..aku terpaksa mengabaikan ibuku untuk bergegas..aku hanya mampu memberikan arahan supaya dia mengambil tempat..di mana-mana sedangkan aku sendiri tidak mengetahuinya..
maafkan Iie mak..Iie gagal mengawal keadaan..
Apakah lagi yang harus kutempuh..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment