Hmm..umur aku dah mencapai angka 27..fikir semula..apa yang aku capai dan apa yang aku inginkan..serasa malas memikirkannya..kerana semuanya kurang pasti..antara keinginan dan kemahuan..yang mana harus dikejar..
Semalam..hadiah terindah aku ialah..Baby..kekasihku..dengan yakinnya ingin menuntut cerai..mana mungkin aku benarkan..sepanjang hidup aku..inilah kali pertamanya aku menyambut harijadi bersama seorang yang digelar kekasih..
Apa yang mungkin agak mengecewakan..aku harapkan sambutan yang paling istimewa dari dia..malangnya kami telah bertelingkah..hanya kerana salah faham yang sedikit itu..kecewa...aku mungkin juga mengharapkan dia memberikan sesuatu untukku..malangnya tiada..aku tak tahu..mungkin Baby kekurangan modal..
Entahlah..kadangkala kesabaran aku agak teruji sebenarnya..bukan aku mengharapkan sesuatu yang terlalu besar..aku cuma inginkan kefahaman minda dan kesungguhan..itu saja..sukar mungkin..kerana dia bukanlah aku..apa yang lebih mengecewakan..pada hari istimewa yang pertama ini..akulah yang terlalu bersungguh-sungguh..untuk mengekalkan hubungan baik kami..
Apakah salahnya jika sesekali kita menurunkan ego kita..kerana aku selalu melebihkan untuknya..janganlah terlalu mengikut nafsu amarah..kerana aku pun mungkin senang memarahi..namun aku juga mudah untuk memaafi..
Hakikatnya..aku tersiksa pada hari penuh bersejarah ini..maaf Baby..Dady terpaksa memberi kenyataan sebaliknya..demi kerana untuk menjaga hubungan kita..walau apapun..Dady tetap berterima kasih pada Baby kerana sudi menemankan Dady pada malam tadi..terima kasih Sayang..
Sebagai balasan..apa yang aku terima hari ini..hanyalah kepalaku yang memusing..terlalu memikirkan barangkali..hinggakan aku hanya tersedar dari tidur pada siang hari pada pukul 3.00 petang..
Sedih..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment