Monday, November 10, 2008

aLhamdulillah..

Bersyukur kepadaNya...

Aku telah berjaya mengharungi onak yang pertama ini..syukur..biarpun susah..biarpun senang..namun aku berterima kasih kepada semua..kerana inilah harapan dan impianku..

Semuanya telah berjalan lancar..semalam aku telah bertemu bakal mertuaku..Alhamdulillah..respon yang kuterima sangat menggalakkan..cuma mungkin aku masih berasa tidak selesa dengan orang yang baru kukenali...berikan masa..

Terima kasih kepada Allah..kerana memberikanku kenikmatan ini..kerana mengasihiku..kerana mengasihaniku..

Terima kasih kepada Ain..kerana kesudianmu menerimaku..diriku yang serba kekurangan ini..yang lalai..kuharap kita dapat bersama-sama nanti..menuju alam bahagia..

Terima kasih kepada ibu..yang telah banyak berkorban..yang telah banyak berdoa..Iie sangat sayangkan mak..(entah kenapa..airmata ku menitis lagi kali ini)..

Terima kasih kepada Cik Tolib..atas perkenalan yang indah ini..atas sokongan..nasihat..dorongan..tunjuk ajar..bantuan..semuanya yang pasti untuk kebaikan..

Terima kasih kepada bakal mertuaku..kerana menerimaku sebagai ahli keluarga mereka yang baru..kerana mempercayaiku..

Terima kasih kepada keluargaku..semuanya..kerana kasih sayang yang tak berbelah bagi..

Terima kasih kepada kawan-kawan..yang sentiasa memahami..

Terima kasih semua..terima kasih kehidupan..aku bersyukur..aku bahagia..

Indahnya nikmat ini..

No comments: