Aku tidur di rumah CT malam itu..
Hari Ahad..mungkin hari yang menceriakan..Alhamdulillah..aku telah berjaya memenangi cabutan bertuah berupa sebuah 'Home Theatre' yang bernilai RM 3,800.00..
Ini semua gara-gara salah informasi dari petugas Celcom..dan RM 100.00 yang terpaksa ku bayar untuk sebuah nombor telefon yang sehingga kini belum kugunakan lagi..hmm..
Ini semua gara-gara salah informasi dari petugas Celcom yang terpaksa didenda dengan memberikan aku lebih borang penyertaan itu..orang lain dapat tiga peluang..aku dapat sepuluh..salahkah aku..tidak..kerana ini adalah denda yang dia bayar sebagai cara untuk meminta maaf kepadaku atas ketidakcekapan petugas mereka..untuk pengetahuan..aku telah menggunakan perkhidmatan Celcom hampir lapan tahun..
Ini semua gara-gara salah informasi dari petugas Celcom yang menyebabkan dia terpaksa membantuku untuk mengisi borang cabutan bertuah tersebut..huhu..
Gara-gara perlakuanku akhirnya mereka semua hampir-hampir mengenaliku..kerana perwatakanku ini..dan aku telah berjaya mendapatkan hadiah tersebut..huhu..semua meraikannya bersamaku..Alhamdulillah..
Dan orang pertama yang menerima berita ini..sudah semestinya N..dia memarahiku..kenapa tak memberitahu ibuku terlebih dahulu..tidak..hadiah ini adalah untuk kita..
Dan N juga telah memberikan hadiahnya kepadaku..
Alhamdulillah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment