Wednesday, November 26, 2008

sTatus

Kasih dan 'Cik Ted'nya

We are..

Ibu dan Sayang


Ain dan hantaran
Aku masih keliru sampai sekarang..
Mungkin gaya penulisanku akan lebih berubah di sini..mungkin aku menjadi lebih santai..
Alhamdulillah..semuanya telah berjalan dengan lancar..hampir dua minggu aku tidak mengemaskini catatan perjalanan ini..mungkin aku agak konsentrasi dengan perkara lain..tetapi ini tidak bermakna aku akan mengabaikan blog ini..
Hari Ahad yang lepas..aku dan keluarga telah menunaikan hajat kedua pihak untuk mengikat janji antara kami berdua..untuk itu..aku dan keluarga telah menjalankan upacara 'merisik'..
Walaupun sebelumnya ada satu perkara yang sedikit mencemaskan...hinggakan Cik Tolib hilang konsentrasi ketika menjawab soalan PTKnya..semuanya gara-gara salah faham antara seseorang..maafkan ku Cik..bukan niatku nak buat begini..aku memang tak tahu yang dia akan menduduki peperiksaan..
Syukur kepada Allah..pihak kami telah membawa lima dulang sebagai tanda cenderahati dari pihak kami kepada pihak perempuan..seperti yang dipersetujui..pihak perempuan tidak perlu membalasnya..kerana ini ialah majlis merisik..
Seperti yang telah dijangkakan..majlis merisik ini juga adalah majlis pertunangan..walaupun tidak dinyatakan secara nyata..huhu..adakah aku kini tunangan seseorang..huhu..seperti bermimpi..
Terima kasih tak terhingga..kepada Cik Rabu yang menjadi tukang kata..yang petah berbicara..sehinggakan semuanya dapat berjalan dengan lancar..tanpa kekangan..huhu..
Terima kasih sayangku..kerana menerima diri ini..kepada keluargamu..kepada semua..kerana menerimaku seadanya..bak kata ibuku.."laku jugak hitam-hitam anak aku ni ek"..oh ibu..sabar jekla..
Tarikh telah ditetapkan..perjanjian telah dibuat..segalanya perlu dirancang dan dilaksanakan sebaiknya..InsyaAllah..
Selebihnya..rutin harian bersama Ain..kami akan berbual sepuasnya..huhu..
Mungkin ada perkara lain yang boleh kucatatkan di sini..tapi biarlah ianya menjadi ingatan di
kotak memori ku..
Oh ya..pada Selasa yang lalu..aku telah membawa Ain untuk memilih pakaian semasa majlis persandingan kami nanti..semuanya telah dipilih..
Semoga semuanya berjalan lancar..
Namun, aku dan Ain masih keliru..adakah kami tunangan masing-masing atau tidak..apakah
status kami yang sebenarnya..
Yang pasti..kami adalah bakal suami dan isteri..Insya Allah..

No comments: