Hari ini sungguh kantuk..
Aku hanya perlu menunggu selama lebih kurang dua puluh minit saja lagi sebelum aku nak balik ke rumah..yang nyata..tiada produktiviti hari ni..
Fikiran aku mungkin lebih menerawang kepada apa yang aku cuba capai selama ni..cuba gapai..mungkin agak mustahil..tetapi boleh berlaku..mungkinkah akan ada keajaiban di atas angan-angan ku selama ini..
Apa yang pasti..secara realitinya..aku perlu mengubah diri aku..perlu lebih berusaha..perlu menukar caraku berfikir..kerana sekiranya aku berterusan begini..segalanya tak mungkin dapat kucapai..
Adus..selalu perkara ini mengganggu aku..tiada kaitan dengan mana-mana orang lain..apatah lagi yang berlawanan jantina..cuma permasalahannya..adalah aku..
Tak baik mengeluh bukan..tetapi itulah hakikatnya..aku perlu merubah sesuatu..demi kebaikan..apalagi yang harus kubuat..
Ya Allah..masukkanlah aku dalam golongan hambaMu yang bersyukur dan beriman..dan berjaya di dunia dan akhirat..
Aku mahu pulang..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment