Saturday, October 11, 2008

bAru..

Selamat hari raya..

Maaf zahir dan batin..



Aku tak mahu menceritakan semua yang berlaku sempena Aidilfitri..aku baru..

Apa yang pasti..tanggal 3 Oktober 2008..aku telah diperkenalkan dengan seseorang..N..terima kasih kepada CT..atas hubungan ini..



InsyaAllah..aku akan lakukan yang terbaik..untuk diri aku..untuk dia..untuk keluarga..untuk semua..



Aku pun tak tahu kenapa..keinginan aku untuk menulis semakin rendah..mungkin kerana masa yang tidak mengizinkan..



Biarlah aku teruskan..aku dijemput ke rumah CT pada malam 2 Oktober 2008..dia menyuruhku ke rumahnya pada esok harinya..dan memberitahu yang dia ingin ke rumah ku kerana ingin melawat cucunya yang baru lahir..



Jumaat pagi..CT sampai..itupun hampir ke tengahari..dan dia agak kecewa kerana tidak dapat melihat cucunya akibat abngku yang telah membawa keluarganya balik ke K..



Ptg Jumaat..selepasa bersolat..aku memulakan langkah ke rumah CT..jalan sesak..maklumlah cuti raya yang pendek..semua ingin menggunakan masa sepenuhnya untuk melawat sanak

saudara..



Sedang dalam perjalanan..rakan lamaku..atau lebih tepat jika kupanggil abang-abangku dari tempat lamaku bekerja call..mengatakan mereka berada di YP dan mengajakku ke sana sebentar..ku ikutkan jua walau hatiku berat..mengenangkan jasa mereka yang terlalu banyak kepadaku..



Selepas menghabiskan masa yang tak seberapa bersama mereka..aku meneruskan perjalanan ke rumah CT..



Sesampainya aku di sana..aku telah memikirkan yang dia pasti tidak berseorangan..mungkin dia datang bersama keluarga atau adiknya..takpe..aku memang inginkan begitu..teringat semula aku perjalanan yang menakutkan..terutamanya di selepas simpang PJ..aku brek dengan kuat dan sehingga menghasilkan asap berkepul-kepul..dan keretaku telah skid..alhamdulillah aku selamat..



Aku meletakkan kereta di sebelah sebuah Myvi berwarna hitam..yang agak ranggi..huhu..aku telah berfikir..mungkin inilah keretanya..sangat kemas..dan berserta solekannya..



Menjengah ke rumah CT..memberi salam..aku terkejut..ramaikah dia datang..nasib ku baik bila CT keluar dan menyatakan mereka semua adalah sepupuku juga..huhu..selamat..masuk ke rumah..bersalaman..CT mengarahkan aku ke dapur..



Sebagai anak saudara yang akur..aku tanpa banyak bicara telah masuk ke dapur tanpa menanyakan apa-apa berkaitan kenalan itu..aku hampir terlupa sebenarnya akibat keadaan rumah yang sesak dan kalut itu..



Aku mendapati terdapat dua orang perempuan yang membelakangkanku sedang berada di dapur..seorang memakai baju berwarna pink..aku berfikir..tanpa melihat wajahnya..mungkin sedikit kelihatan pipinya..itupun agak samar kerana dia memakai tudung..



Kemudian..aku ternampak pula seorang lagi..memakai baju kurung berwarna hijau..juga tidak kelihatan mukanya..aku terus berfikir..yang mana satukah gadis tersebut..



Entah kenapa..aku terus menyatakan yang berbaju hijau adalah dia..dan entah kenapa..aku telah menetapkan hati yang aku telah bersetuju..dan tanpa melihat mukanya..hanya melihat sudut ujian ku..dan di tambah dengan melihat belakang tapak tangannya..aku pun tak pasti kenapa perasaan itu terus muncul..apatah lagi selepas melihat wajahnya..



Aku terus memerhatikan sebelum menatap wajahnya..sebuah kelembutan..apatah lagi selepas melihat wajahnya..aku pun tak pasti kenapa perasaan itu muncul..



Maha Suci Allah..bukan kecantikan yang aku dambakan..selepas berpaling..aku terdetap seketika..menikmatinya..ya Allah..wajah yang putih mulus..yang lembut mengisi..mungkin wajahnya ternampak sedikit kecelaruan akibat apa yang baru dialaminya..



Aku menyatakan bahawa wanita ini adalah seorang yang tabah..dan aku amat bersyukur sekiranya dia akan menjadi pasangan hidupku..



Sehingga hari ini..aku telah berhubung dengannya pada setiap hari..tak perlulah diceritakan semuanya..pastinya ianya sangat manis..dan esok..aku akan memulakan langkah yang lebih panjang..aku akan menemui keluarganya..biarlah baik..biarlah buruk..biarlah apa pun yang berlaku..biarlah apa pun tujuan..biarlah apa pun kenyataan yang dia telah berikan kepada keluarganya..biarlah apa pun yang telah terjadi kepadanya..biarlah apa pun yang telah terjadi kepadaku..



Ya Allah..berikanku yang terbaik..dan jika dialah yang terbaik untukku..yang dapat bersama-samaku mengharungi alam ini dan mendapat keberkatan dan kerahmatan di alam yang lain..airmataku bergenang ketika ini..



Penulisanku mungkin agak panjang untuk kali ini..



Setelah aku memuktamadkan keputusanku..aku telah jua memuktamadkan diri..bahawa kini aku sedang memegang tanggungjawab yang sangat berat..tanggungjawab terhadap diriku..tanggungjawab terhadap dirinya..tanggungjawab terhadap keluargaku..tanggungjawab terhadap keluarganya..tanggungjawab kepada tuhan yang terutama..tanggungjwab kepada agama..tidak pernah aku merasakan begini..adakah ini permulaan kepada hidup baruku..aku pun tak mengerti..tapi aku sukakan perasaan ini..



Selepas apa yang telah kualami..selepas apa yang kulakukan..inilah masanya untukku berubah..aku perlu melakukannya sekarang juga..insyaAllah akan ku tinggalkan kenangan lama..biarlah ia menjadi lipatan sejarah..biarlah aku maju selangkah..biarlah aku mengorak langkah..menuju ke satu arah..arah yang kekal..arah yang abadi..demi cintaku..kepadaNya..kepadanya..



Biarlah aku lupakan semuanya..besar tanggungan yang harus kupikul..sesuai dengan tugasku..pemimpin..khalifah..imam..menginspirasikan imam tersohor itu..kini aku perlulah mengutamakan agama dalam segala-galanya..biarlah lambat..asalkan ku berubah..ku pasti ada sirna menerangi kegelapan itu..



Alhamdulillah..aku bersyukur kerana akhirnya aku dikurniakan peluang itu..cuma aku ingin memastikan bahawa aku akan merancang dengan baik..berusaha dengan gigih..diiringi doa yang ikhlas..dan keputusan yang harus kita terima..biar baik..biar buruk..itu hanya pandangan..sedangkan itulah yang terbaik untuk kita..pasti

Buat N..terima kasih kerana membuka ruang diri..walau bukan untuk sepenuhnya..tetapi sekurangnya penguat peluang yang ada..selebihnya..seperti yang kukatakan tadi..

Ya Allah..aku memohon kepadaMu..aku memohon restu di atas hubungan ini..aku memohon redhaMu..aku memohon petunjukMu..hanya kepadaMu ku berserah..hanya kepadaMu ku memohon..kau tunjukkanlah ya Allah..tunjukkanlah kami jalan..menuju abadi..berdua..restuilah hubungan kami..berkatilah hubungan ini..ampunkanlah dosaku..tunjukkanlah aku ke jalan yang engkau redhai ya Allah..

hmm..semoga pelangi yang lahir itu..untukku menikmatinya bersama N..


No comments: