Perasaankah itu..
Aku pun tak tahu..apa yang pasti..pada hari Ahad yang lalu..aku bersama CT pergi ke rumah N..tujuanku ikhlas..untuk bersahabat dengannya..aku haruslah berkenalan dengan orang tuanya..
Mungkin tingkah laku ku salah..aku agak malu..kerana orang tuanya memerhatikanku..terlalu memerhati..entahlah...tapi jawapan yang aku dapat..kedua orang tuanya bersetuju dengan perkenalan ini..
Tapi..semenjak pertemuan itulah..dirinya mula berubah..N semakin sukar dihubungi..aku pasrah..mungkin sudah begini nasibku..rezeki belum bertandang..biarlah..
Kecewa..memang..kecewakan diriku..kecewakan ibuku..aku ternampak riak hampanya walaupun hanya di talian..biarlah..aku mengikut arus ini..harus aku melakukan sesuatu..
Apakah agaknya perasaan CT nanti bila dia mengetahui perhubungan ini tidak berjaya..malam semalam..ketika aku minum bersama CT..dia tidak langsung membalas pesananku..sedangkan jika CT menghantarnya..dia pasti akan membalas..
Ya Allah..aku berserah kepadaMu..niatku ikhlas untuk hubungan ini..jika benar jodohku dengannya..Kau bukakanlah pintu hatinya untuk menerimaku..Kau berikanlah kepadaku petunjuk bagi hubungan ini..
Benar..setiap perempuan yang baik hanyalah untuk lelaki yang baik..aku redha di atas kesalahanku..aku dihukum begini..dan biarlah sekiranya tiada jodohku dengannya..Kau kurniakanlah kepadanya jodoh yang lebih baik dari diriku..aku berserah..
Tuhanku..
Kau yang Maha Mengetahui..Kau yang Maha Memahami..berikanlah kekuatan pada diriku..untuk mengharungi ujian ini..supaya aku tidak lagi lalai menjadi hambaMu..supaya aku tidak lagi mengulangi kesilapan lalu..
Kau berikanlah Ya Allah..pedoman dan hidayahMu..supaya aku dapat menjadi manusia yang berguna di dunia dan akhirat...semoga aku dapat bersyukur di atas nikmatMu..supaya aku dapat mempertahankan agama suci ini..
Ya Allah..aku hambaMu yang lemah..sesungguhnya Kaulah perancang yang terbaik..aku berserah padaMu ya Allah..
Berikanlah padaku ya Allah..kekuatan itu..hanya padaMu..hidupku dan matiku..
:(
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment