Friday, October 24, 2008

hAri ini..

Jumaat..

Sejak dua hari lepas..aku dapat hubungi N semula..Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan baik..

Berkat kesabaran dan doa..terima kasih Tuhan..aku sangat bersyukur..Kau berikan peluang kepada diri ku..

Malam tadi..perbualan yang agak panjang..pada mulanya aku hanya bermesej..namun nampaknya menjadi semakin hangat dengan ide masing-masing..akhirnya..aku perlu melakukan sesuatu..

Huhu..N..berat jugak permintaan mu..tapi seperti yang telah aku katakan..walaupun aku tak mampu..aku akan cuba dengan jujur menunjukkan diri aku yang sebenar..mungkin aku belum terbuka untuk itu..tapi aku akan gagahkan jua..

Aku masih berhutang sesuatu denganMu Tuhan ku..aku perlu bersyukur..InsyaAllah aku akan cuba menunaikannya pada malam ini..dikala jam menghampiri 2200..aku masih duduk di atas lapisan hijau yang menanggung bebanku saban hari ini..

Ada kekecewaan yang perlu aku rungkaikan..aku perlu bekerja pada hari cuti nanti..akibat kerakusan dan birokrasi..aku faham..untuk berjaya harus bersabar..huhu..

Cuma aku mungkin akan agak kecewa sekiranya ia mengganggu apa yang aku dah rancangkan pada hujung minggu ini...

Ku pasti Tuhan telah menjanjikan sesuatu yang pastinya yang terbaik untuk aku..untuk setiap perancangannya yang sempurna..aku akan cuba menerimanya dengan redha..

Aku semakin pasti..inilah jalan yang aku pilih selama ini..aku tak pernah merasa tenang begini..mungkin selepas ini aku semakin matang dalam melakukan pekerjaan selepas ini..

Inilah janji yang telah aku buat terhadap diriku..jalannya semakin terang..InsyaAllah..aku perlu memastikan aku tidak lalai lagi..mungkin orang sekelilingku dapat melihat perubahan aku..tapi percayalah..aku berubah kerana inilah apa yang kucuba cari selama ini..satu perasaan penuh tanggungjawab..tanggungjawab yang berat..kepada semua..

Namun...aku sedar..banyak lagi yang perlu aku lakukan..banyak lagi yang perlu aku pelajari..banyak lagi yang perlu ubah..semoga Allah terus memberikan pertolongan dan petunjuk untuk aku menghadapi semua ini..

Semoga kisah klasik menjadi sejarah..

Aku teringat perbualanku dengan sepupuku di YM tadi..dia menulis bait lagu "Warkah"..mungkin dia memikirkan aku tujukan lagu ini sempena N..maaf sepupuku..seperti yang ku katakan..anda tersilap..kuturut lagu ini untuk memberi kesedaran kepada aku..supaya jangan bersedih..supaya aku melepaskan apa yang sudah lepas..ajari apa yang diajarkan..fahami apa yang disampaikan..

Aku mahu lahir semula..lahir dari diri aku..lahir dari jiwa aku..

Aku rindu ibu..

No comments: