Hari ini hari raya..tapi bukan raya aku..
Hari ini hari raya..tapi bukan raya aku..raya kaum lain..dan hari ini aku kena bekerja..aku takde mood..apa aku nak ceritakan kat sini..ooo..pagi ni aku bermesej dengan sepupuku..dia nak crash diet sempena hari perkahwinannya nanti..kesian dia..masa dah tinggal tujuh minggu..masih nak turunkan lagi sepuluh kilo..tapi aku pasti dia boleh buat..cuma harap takde kesan negatif pada dia je la nanti..go cousin..u can do it..
Sepanjang dua hari ni..takde apa yang menarik yang berlaku..ada sebenarnya..huhu..N..terima kasih..mungkin blog ni aku lebih suka menceritakan perjalanan satu perhubungan..jika tak secara detail..mungkin sedikit sebanyak dapat mengingatkan aku bagaimana ia berjalan..
Alhamdulillah..semuanya seperti berjalan lancar..dapat aku merasakan yang N sudah mula menerima kehadiran aku dalam hidupnya..terima kasih N..dan apa yang aku dapat rasakan..perasaan sayang dah mula aku rasakan semakin menular..perasaan kasih..perasaan cinta..perasaan terhadap tanggungjawab..perasaan terhadap perhatian..
Bagaimana harus kukatakan..N tak pernah mengambil berat tentang aku..dia tak pernah menanyakan kemana aku pergi..pukul berapa aku balik..dan bila menanyakan soalan tersebut..sesungguhnya aku amat bersyukur..perlukah aku memanggilnya 'sayang' di sini..sedangkan perasaannya padaku masih belum pasti..apa yang pasti pada Jumaat lepas..dia telah sedikit sebanyak menunjukkannya..walaupun bukan kepadaku..tetapi kepada CT..biarlah..mungkin dia masih malu lagi..
N..habiskanlah coklat 2..akan ku berikan yang baru nanti..
Huhu..aku faham..keadaan rumahnya pada hari minggu ini tak mengizinkan kami untuk berbual panjang..sedangkan sepatutnya semalam ialah tarikh pernikahannya..biarkan..sekiranya dia perlukan masa untuk menyelaminya..ambillah masamu..dan sekiranya kau memerlukanku..aku ada di sisi..cuma seperti yang telah kau katakan..aku akan menghubungimu..dan kau boleh menggunakan masa itu untuk menerangkan sesuatu..ingatlah N..La Tahzan..mungkin kau masih belum memahami maksud buku itu..tapi suatu hari kau pasti akan mengerti segalanya..
Semalam juga sepatutnya aku keluar bersamanya..tetapi aku faham..dia harus mengutamakan keluarganya terlebih dahulu..apatah lagi mereka datang dari jauh..masih banyak masa untuk kita N..
Apa yang paling aku senangi semalam..bila aku menghantar SMS..dia turut membalasnya..namun apa yang pasti balasan mesej itu yang lebih menarik hatiku..aku pun lalai..selepas menbaca mesej yang dibalas..aku terdial nombor dia..kemudian baru aku sedar..tak sesuai masa aku hubunginya..maafkan aku N..
Apabila malam menjelang..dia membalas semula mesej aku..apa yang menarik..dia ingin bercerita sesuatu kepadaku..aku ingin menelefon..tapi seperti yang kujangka..keadaan tak mengizinkan..namun apa yang menarik..dia berjanji akan menghubungiku bila masanya sesuai nanti..huhu..terima kasih N..ia sudah cukup menggembirakanku..sesungguhnya..
Rupa-rupanya sesuatu telah berlaku semasa dia makan malam tadi..huhu..comel..dan ayat terakhir darinya amat membuatkanku rasa sangat bahagia..
Kejap.."kenapa"..take care.."you too"..
Pertama kali aku mendengarnya..huhu..terima kasih sangat-sangat..walaupun ia seakan berbisik..tetapi aku dapat mendengarnya dengan jelas..
Ya Allah..berkatilah hubungan ini..bantulah aku menyatukan hubungan ini..agar ia dapat dipelihara..sesungguhnya Kau Maha Pengasih dan Maha Penyanyang..
Aku dambakan bahagia..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment