Aku sampai dari KL pukul 1.30 a.m.
Hari Sabtu..meeting yang membosankan..sepertimana yang aku dapat agak..tiada penyelesaian yang akan aku dapat masa meeting..ok..kita pergi satu pusingan..sesiapa ada isu nak dibangkitkan..sila keutarakan sekarang..supaya kita dapat selesaikan..jangan simpan..nanti saya tak bertanggungjawab kalau ada apa-apa masalah..(sebenarnya semua ayat tu dalam bahasa Inggeris)..
Hmm..aku rasa tak perlu aku nak bangkitkan apa-apa..semuanya dah dibincangkan..dan kesimpulannya..aku jugak yang kena selesaikan semua tu..arghh...bukan aku mengeluh..tapi kerja yang mereka tahu perlu dilakukan oleh orang lain..aku jugak yang kena..hahaha..nasib badan..
Lepas meeting..makan..aku tak ingat nama cafe tu...kalau ingat pun bukan aku nak tulis kat sini..cuma yang aku ingat..lepas makan..aku balik ke SK..itupun sampai lepas lalu traffic jammed yang teruk..sempat lagi dapat SMS dari CT..tanya tentang pendaftaran hari tersebut..huhu..betul ambik berat CT ni..
Yang aku ingat..sampai kat SK..aku cuba tidur..tapi mata aku degil seperti biasa..seorang pesakit memang mengalami masalah sukar tidur..adus..akhirnya aku pun dapat tidur..selepas sejam bergelumang dengan mata aku..dan otak aku yang gagal berehat..itupun cuma setengah jam..memang penat..
Lebih kurang pukul 12.30 aku bergegas keluar dan balik ke rumah untuk ke KL pada hari Jumaat..aku ada misi penting pada pukul 4.00 nanti..apa yang pasti..aku perlu melakukan yang terbaik..kerana aku mahukan yang terbaik..untuk aku..
untuk dia..untukNya..
Aku sampai ke tempat tu lebih kurang 3.30..terus naik ke atas..dah lama rasanya tak pakai proper office attire..rasa nak gelak pun ada..nak tersembul pun ada..rasa tak selesa lagila..hmm..takpe..aku perlu begini..
Interview bermula..aku dipanggil oleh abang HR..sebelum masuk ke bilik interview..dia dah tanya..pernah ke interview kat sini..bos saya cakap dia macam pernah nampak awak..ooo..tidak..saya tak pernah ke mari..
Masuk saja..aku terus terpana..ada empat orang tengah menunggu di dalam..termasuk abang HR..betulkah ini..perlukah seramai ini..kerana yang aku pasti..cuma aku seorang yang akan diinterview masa tu..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..cuma aku rasa seperti dibuli..takpe..biarkan..aku tak rugi apa-apa..mungkin pengalaman yang bagus..
Lepas bangun dari tidur setengah jam itu...aku terus terasa tak selesa dangan perut aku..puas memulas..akhirnya seorang penghuni SK selamatkan aku dengan pil Chi Kit Teck Aun..memang bagus pil ni untuk sakit perut..
Dalam perjalanan aku ke SK..aku telefon CT..dalam keadaan traffic jammed yang membosankan..dia berpesan supaya tak terlalu push N..entahla..sebenarnya aku memang dah mengurangkan pun..cuma aku baru lepas call dia..untuk pastikan dia free atau tak hari Ahad..dan dia memang tak free..aku tak boleh paksa dia..
N..aku harap yang terbaik untuk kita..aku sentiasa berdoa supaya Allah bukakan pintu hatimu untukku...
Hari Isnin..aku tak contact N..aku nak bagi dia ruang untuk bernafas..
Tunggu minggu depan...baru aku akan cuba semula..tapi aku akan terus berusaha..akan terus berdoa..akan terus berharap..pasti yang terbaik untuk kita..percayalah..
Aku tak mahu bersedih lagi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment